I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 21 April 2011

TUE DIA!!! saksi teman wanita dibunuh..


ape perasaan korg kalau korg saksikan sediri teman wanita korg dibunuh di depan mata korg sndri???so,pas bace berite nie korg bole bayang an lar sndri perasaan lelaki tue..kcian weyh..bull**** pnye pmbunuh..


Teman Lelaki Saksi KEKASIH DIBUNUH Secara LIVE Melalui Webcam

Seorang gadis dibunuh ketika sedang berbual dengan teman lelakinya di China melalui webcam. Terhalang dengan faktor jarak di antara mereka, teman lelakinya tidak berdaya menghalang kejadian sedih dan mengerikan itu, malah telah disaksikan matanya secara langsung di dalam layar monitor.

Qian Liu, 23 tahun, berasal dari Beijing dilihat berusaha menyelamatkan diri ketika seorang lelaki memasuki biliknya di York University Village, Toronto, Kanada. Ia berlaku ketika Qian Liu sedang berbual dengan kekasihnya yang berada sejauh 6,600 batu di China.

Qian Liu, mangsa pembunuhan kejam



Liu sedang berbual dengan teman lelakinya yang berada di China melalui webcam. Teman lelakinya menghubungi rakan-rakan Liu bagi memaklumkan kejadian itu

Penjenayah pembunuhan yang belum diketahui identitinya itu mengetuk pintu bilik Liu pada jam 1 pagi, waktu tempatan.“Liu membuka pintu untuk lelaki itu. Liu nampaknya kenal identiti tetamu tersebut. Pada masa yang sama, penjenayah itu tidak sedar bahawa ada saksi mata dari jauh yang melihat aksi jenayahnya,” kata Detektif Frank Skubic dari Pejabat Polis Toronto.

Penjenayah itu digambarkan berkulit putih, berusia sekitar 20 tahun, setinggi 6 kaki dan mungkin menyukai Liu. Teman lelaki Liu yang berada di China sempat menghubungi sahabat-sahabat Liu yang tinggal di Kanada memalui jejaring sosial. Sayangnya, pihak polis tiba ke lokasi pembunuhan selepas 10 jam dari kejadian itu dan menemui Liu yang sudah meninggal dunia dalam keadaan setengah telanjang.

Pihak polis belum mengumumkan punca kematian Liu dan menggunakan gambar webcam milik teman lelaki Liu yang tidak disebutkan namanya itu untuk proses penyiasatan.

 Presiden York dan Naib Canselor Mamdouh Shoukri berkata pihak universiti "sedih dan bersimpati sepenuh hati untuk Liu, keluarganya, teman dan rakan sekelasnya"


Seorang daripada rakan Liu ketika menjawab soalan wartawan


Salah seorang rakan Liu menunjukkan gambar Liu kepada wartawan


 Lokasi kejadian : Liu, 23 tahun ditemui mati di York University Village, Toronto, Kanada


Pihak polis mengambil masa sehingga 10 jam untuk tiba ke lokasi kejadian

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...