I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday 15 September 2011

TUE DIA!!! KASIH BAPA TIADA PENGHUJUNG NYA....

okeyh..hari nie ak nk share ngn korg cite tentang sorang bapa sanggup terjun tangki najis semata-mata nak selamat anak dia yang terjatuh..tapi usaha bapa ini sia-sia kerana anak nya disahkan sudah meninggal disebabkan lemas..aku bengang kat sini satu je..penutup tangki nie dah kene curi..nie mesti keje mat-mat dadah yang miskin..da tawu miskin..jangan lar isap dadah BODOH..korg bace lar sendiri ea..

ROMPIN: Seorang bapa nekad terjun ke dalam tangki najis semata-mata mahu menyelamatkan anaknya yang terjatuh.
Malangnya, usaha itu gagal apabila anaknya yang berusia tiga tahun disahkan meninggal dunia di dalam tangki berkenaan di Bangunan Arked Mara, Bandar Baru, Kuala Rompin, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa dikenali sebagai Mohd Izwan Jusoh, dari Endau, Mersing, Johor disahkan meninggal dunia akibat lemas.

Sebelum kejadian, mangsa yang mengikut bapanya, Jusoh Muda, 50, berniaga di pasar malam, ditemani seorang lagi rakan sebaya bermain berhampiran tangki najis berkenaan.

Bagaimanapun, ketika leka bermain, mangsa tergelincir ketika memijak tangki itu yang hanya ditutup dengan papan sebelum terjatuh ke dalamnya.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, kejadian itu hanya disedari bapa mangsa selepas terdengar jeritan peniaga lain yang meminta pertolongan.



Menurutnya, pada masa sama, bapa mangsa yang berniaga pakaian di kawasan itu nekad terjun ke dalam tangki berkenaan selepas dimaklumkan anaknya terjatuh.

Katanya, siasatan mendapati, bapa mangsa mengambil masa kira-kira lima minit untuk mencari anaknya dengan meraba-raba di dalam tangki berkenaan.

“Selepas berjaya menemui anaknya, bapa mangsa menghantar kanak-kanak malang itu ke Hospital Muadzam Shah (HMS) di sini, namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, siasatan turut mendapati, tangki najis berkenaan hanya ditutup dengan papan selepas penutupnya hilang dipercayai dicuri individu tidak bertanggungjawab.

Katanya, polis mengesahkan kejadian itu tidak mempunyai unsur jenayah dan mengklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Johari berkata, jenazah mangsa sudah dituntut dan dibawa pulang ahli keluarganya, malam kelmarin.


laporan asal: harian metro

TUE DIA!!! KENTUT YANG KREATIF...

hahaha..sape kate kentut takde seni???lepas korang sume tengok video nie..mesti orang tawu..yang kentut nie pown bole disenikan..hahaha..tp sebelom korang tengok video nie..aku nk beri amaran lar..sape ade lelah ke..ape bagai penyakit kronik mcm jantung..bek jangan tengok..its too extreme..its not a joke okeyh..hahaha..plg penting..jgn tgok tyme nk mkn..tgh mkn or lepas mkn..sblom mkn t korg x lalu mkn..sdg n slepas..bole wat korg muntah an blek makanan tue..



p/s:kreatif an..LOL

Wednesday 14 September 2011

TUE DIA!!! BILA MANUSIA HILANG PERTIMBANGAN..

ha..mengape ak ckap macam tue???korang ade bace tak paper kosmo ari nie???aku bace tadi..sorang laki nie dia beli petrol sebab nak bakar mayat awek  die..giler kejam lar manusia sekarang..agak-agak korang kat mane silap nyer ea?????bagi aku larh..nie personal..pendapat aku..nie antara bentuk bala yang ALLAH s.w.t bagi kat kite..memang negara kite takde
gempa bumi ape sume..tapi ALLAH kasi bencana dalam bentuk laen plak..bile korang dengar berite mcm nie..korg stil rase negara kita nie negara yang aman ker???





ak berani kate lar..mesti nanti ade mulut-mulut kate..standard lar..mane ade negara yang aman 100%..korg rase maksud aman tue just bile x perang je kire aman??kalau korg ase mcam tue takpe lar..korg just nampak berita nie satu jer..aku citer lar kat korang..tiap kali mak ak kol aku..dia mesti pesan..jangan lupe baca yasin..orang sekarang macam macam..bagi family aku..negara nie tak aman..thats all..korg mesti ase baru satu jer kes..bese lar..cube korang kire kes-kes sebelum nie..bnyak an..ke korg nak tunggu bende nie jadi lagi then baru nak kate..cepat ambil tindakan..atau korang akan kate lagi..ala..baru satu..sama macam kes ari nie???so..korang pikir-pikir lar senderi ek..then sape yang nak bace berite penuh..bole lar pegi bace kat kosmo..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...