I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday 2 April 2011

lalat dan syurga

Apakah hubungan seekor lalat dengan syurga indah yang memiliki sungai-sungai yang mengalir? Tentu kita tidak dapat melihat apa-apa hubungan pun antara seekor lalat dengan syurga penuh kenikmatan.Tetapi tidak demikian dengan apa yang dialami seorang ulama dan imam besar iaitu Imam Ghazali yang mendalam renungannya.

  Pada suatu malam,Imam Ghazali sedang sibuk menulis kitab.Tiba-tiba seekor lalat hinggap berdekatannya.Imam Ghazali mengamati lalat itu dan kelihatan sedang kehausan.Memang betul anggapan Imam Ghazali kerana lalat itu kemudian masuk ke dalam bekas tinta ataupun dakwat pena beliau dan meminum tinta itu.Imam Ghazali pun berhenti menulis dan menyaksikan peristiwa itu .Beliau membiarkan lalat itu menghisap tintanya.Sesudah si lalat puas minum,Imam Ghazali membantunya keluar daripada bekas tinta itu.Terbanglah lalat itu bagi meneruskan perjalananya entah ke mana.

  Mungkin tidak ada yang luar biasa dalam peristiwa itu.Apakah ertinya menolong seekor lalat yang kotor dan hina?Memang begitulah pandangan manusia secara umum,tetapi bagaimana pula pandangan Allah?

  Tidak lama selepas kejadian itu,Imam Ghazali bermimpi bertemu dan berhadapan-hadapan dengan Allah.Dalam mimpi itu,Allah bertanya kepada Imam Ghazali,"Wahai Ghazali,tahukah engkau apa yang menyebabkan Aku memasukkan  engkau ke dalam syurga?"

  Imam Ghazali termangu dan berfikir.Beliau menyangka semua ibadah yang dilakukannya selama ini seperti solat,puasa,zikir dan seterusnya menyebabkan dia masuk syurga.Imam Ghazali menjawab,"Mungkin kerana ibadah solatku,ya Allah."

  "Bukan!" tegas Allah.

 Imam Ghazali berkata lagi,"Mungkin kerana ibadah zakatku,ya Allah."

  "Bukan!" tegas Allah lagi.

 Seterusnya,Imam Ghazali berkata,"Mungkin kerana ibadah puasaku,ya Allah."

  Allah tetap berkata,"Bukan!"

 Imam Ghazali mencuba lagi,"Mungkin kerana ibadah hajiku,ya Allah."

  Allah masih berkata "Bukan!"

 Semua jawapan Imam Ghazali ternyata bukan jawapan Allah mahukan kerana Allah terus berkata,"Bukan!".
Akhirnya,Imam Ghazali berkata,"Hanya Engkau yang Maha Mengetahui."

  Allah menjelaskan,"Wahai Ghazali,masihkah engkau ingat sewaktu engkau sedang menulis kitab pada malam hari.Ada seekor lalat masuk ke dalam bekas tintamu.Engkau berasa kasihan kepadanya dan engkau membiarkan lalat itu minum sepuas-puasnya.Apabila selesai ia minum,engkau membantunya keluar daripada bekas itu.Lalat itu kemudian terbang dengan gembira selepas dahaganya hilang.Itulah yang menyebabkan Aku memasukkanmu ke dalam syurga iaitu keikhlasanmu membantu makhlukKu walaupun ia hanya seekor lalat."

  Begitulah fadilat amal yang dilakukan dengan ikhlas yang mampu membawa manusia ke dalam syurga.Sebaliknya,amalan yang besar tetapi tidak ikhlas bagaikan fatamorgana yang tiada nilainya.

  Dalam kitabnya,Ihya 'Ulumuddin,Imam Ghazali menekankan perihal pentingnya ilmu,amal danikhlas.Beliau berkata,"Orang yang tidak berilmu mendapat seksaan,orang yang berilmu tanpa amalan juga menerima seksaan,orang yang beramal tanpa keikhlasan turut diseksa."Oleh sebab itu penting bagi kaum muslimin mengamalkan ilmu,amal dan ikhlas.Ia adalah tiga perkara yang tidak dapat kita pisahkan.

  Ikhlas mudah diucapkan tetapi tidak mudah dilaksanakan.Ini kerana maksud ikhlas adalah melakukan segala sesuatu semata-mata demi Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...