I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 18 April 2011

TUE DIA!!! cite blue dalam versi 3D????

haha..slalu kite dgr cite action ala2 superhero yang dalam version 3D an..mcm cite green hornet tue..tp peghonah dok kome pikio cne klo cite blue dalam versi 3D???hahaha..ate kome bole bayang kan dak cne jd nye nanti???haha..ate tgu ape lagi..moh ler kite layan..layan....


Filem Porno 3D PERTAMA DI DUNIA Dapat Sambutan LUAR BIASA


Bayangan orgi, kemewahan dan grafik adegan-adegan seks berjaya menarik ramai penggemar filem Hong Kong untuk menghadiri pelancaran sebuah filem apa yang digambarkan sebagai sebuah filem porno 3D yang pertama dunia.

Menurut AFP, filem berharga US$3.2 juta "3-D Sex and Zen: Extreme Ecstasy" telah dibuka untuk tayangan dan pawagam-pawagan filem telah penuh sesak diseluruh Hong Kong pada hari Khamis lalu. Berdasarkan satu karya erotik Cina klasik, "The Carnal Prayer Mat," filem itu mengisahkan seorang pemuda yang bersahabat dengan seorang bangsawan Inggeris dan memasuki sebuah dunia seksual peccadilloes pada dinasti Ming, Reuters melaporkan.





Profesional-profesional, pesara dan pelajar-pelajar telah beratur panjang di luar panggung wayang di Causeway Bay , salah satu daripada kawasan membeli-belah paling sibuk di Hong Kong, demi untuk mendapat sekeping tiket. Terdapat juga diantara mereka itu ramai penonton wanita, yang tidak malu-malu menyatakan minta mereka terhadap filem itu.

"Saya biasanya bukanlah seorang penggemar filem, tetapi untuk (filem) ini terlalu sayang jika terlepas," Justin Lai berusia 32 tahun memberitahu AFP ketika dia menanti di sebuah panggung wayang di Causeway Bay. "Saya ingin sekali melihat bagaimana porno 3D pada layar besar." tambah pelajar kolej berumur 21 tahun, Yan Shek: "Ini kali pertama filem X di tayangkan di dalam wayang gambar. Ia pasti sangat menarik."

Kebimbangan sama ada filem ini akan mencatat box office dengan cepat terhapus pada hari Rabu lepas, apabila laman-laman web tempahan awal di Hong Kong memberitahu bahawa semua tiket hampir habis dijual untuk tayangan hujung minggu, menurut laporan berita Wall Street Journal. Sebagai tayangan tambahan, pengendali filem ini akan mengadakan satu rombongan khas bagi penggemar filem dari Taiwan dan pelancong-pelancong dari benua China untuk datang ke Hong Kong, di mana terdapat undang-undang penapisan filem yang ketat di sana.

Penerbit eksekutif Stephen Shiu Jr. memberitahu Hollywood Reporter satu filem sambungan untuk filem ini, yang pernah ditolak oleh IMAX, dijangka mula menjalani pengambaran pada hujung tahun ini.



Barisan pelakon dan produser filem "3-D Sex and Zen: Extreme Ecstasy" :


Suo Yukiko
Haro Saori
Hayama Hiro
Produser Shiu Ding-Yat (Stephen Shiu, Jr), Stephen Shiu
Tony Ho Wah-Chiu
Vonnie Lui Hoi-Yan


da abes bace da??moh kite layan sket dye punye trailer..hahaha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...